MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PUSPANITA CAWANGAN NEGERI JOHOR
03 APRIL 2014
KEDIAMAN RASMI SUK JOHOR
Saturday, 10 May 2014
KURSUS ASAS SULAMAN BERSAMA AHLI BAKAT 10 RAMD
27 APRIL 2014
MAKMAL JAHIT, JPH
27 APRIL 2014
MAKMAL JAHIT, JPH
27 April 2014 – PUSPANITA
Politeknik Ibrahim Sultan dan BAKAT 10 RAMD telah menjayakan Kursus Asas
Sulaman yang dianjurkan oleh Politeknik Ibrahim Sultan bertempat di Makmal
Jahit, Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan. Kursus ini telah dihadiri oleh 14
ahli PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan dan 16 ahli BAKAT 10 RAMD.
Kursus tersebut
berlangsung selama 1 hari dan dikendalikan oleh pensyarah dari Program Fesyen
dan Pakaian, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Peserta telah didedahkan
kepada asas sulaman riben dan manik.
BAKAT 10 RAMD merupakan Badan Amal
Kebajikan Anggota Tentera di bawah naungan Batalion Kesepuluh Rejimen Askar
Melayu DiRaja Kem Majidee sangat aktif dalam mengadakan pelbagai aktiviti untuk
meningkatkan kemahiran suri anggota tentera 10 RAMD. Pelbagai aktiviti
dijalankan sepanjang tahun seperti demonstrasi masakan, jahitan, pertandingan
sukan, ceramah agama, kesihatan dan lawatan kebajikan.
Sehubungan dengan
itu, PUSPANITA ingin mengambil peluang ini untuk menjalinkan hubungan dengan
BAKAT 10 RAMD melalui kursus sulaman riben, benang dan manik. Di samping itu,
ini merupakan langkah awal PUSPANITA untuk menjalinkan kerjasama dengan
persatuan-persatuan suri yang ada di luar kampus.
Objektif
pengajuran kursus ini adalah untuk menjalinkan hubungan
dengan persatuan suri yang lain, berkongsi ilmu dan kemahiran dalam bidang
sulaman, memberi pendedahan kepada ahli PUSPANITA PIS untuk berkenalan dan
berhubung dengan ahli persatuan suri yang lain, mewujudkan komunikasi aktif
antara ahli dan embuka ruang kolaborasi aktif pada masa hadapan berdasarkan
kemahiran dimiliki oleh ahli PUSPANITA PIS.
MAJLIS PERPISAHAN AHLI PUSPANITA PIS
16 APRIL 2014
RUANG MAKAN JATI INN
PUSPANITA PIS merakamkan setinggi penghargaan dan selamat maju jaya di tempat baru kepada semua ahli yang bertukar keluar dari Politeknik Ibrahim Sultan.
Kenangan yang tercipta pasti menggamit memori yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih semua .....
16 APRIL 2014
RUANG MAKAN JATI INN
PUSPANITA PIS merakamkan setinggi penghargaan dan selamat maju jaya di tempat baru kepada semua ahli yang bertukar keluar dari Politeknik Ibrahim Sultan.
Kenangan yang tercipta pasti menggamit memori yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih semua .....
1.
Hafsah Binti Kastu – JMSK
2.
Adzrina Binti Aman – JKE
3.
Arifah Binti Mohd Taib – JKE
4.
Norli Binti Jaswadi – JKE
5.
Suhaili Binti Esmon – JKE
6.
Salhasmidah Binti Suleiman – JKE
7.
Suhaila Binti Sharif – JKE
8.
Nuraini Binti Mohd Rashid – JKE
9.
Azlinda Binti Mohamad – JKM
10. Nor Hayati Binti Ahmad – JKM
Subscribe to:
Posts (Atom)








