Saturday, 10 May 2014

KURSUS ASAS SULAMAN BERSAMA AHLI BAKAT 10 RAMD
27 APRIL 2014
MAKMAL JAHIT, JPH

27 April 2014 – PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan dan BAKAT 10 RAMD telah menjayakan Kursus Asas Sulaman yang dianjurkan oleh Politeknik Ibrahim Sultan bertempat di Makmal Jahit, Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan. Kursus ini telah dihadiri oleh 14 ahli PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan dan 16 ahli BAKAT 10 RAMD.

Kursus tersebut berlangsung selama 1 hari dan dikendalikan oleh pensyarah dari Program Fesyen dan Pakaian, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Peserta telah didedahkan kepada asas sulaman riben dan manik.

BAKAT 10 RAMD merupakan Badan Amal Kebajikan Anggota Tentera di bawah naungan Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu DiRaja Kem Majidee sangat aktif dalam mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kemahiran suri anggota tentera 10 RAMD. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang tahun seperti demonstrasi masakan, jahitan, pertandingan sukan, ceramah agama, kesihatan dan lawatan kebajikan.

Sehubungan dengan itu, PUSPANITA ingin mengambil peluang ini untuk menjalinkan hubungan dengan BAKAT 10 RAMD melalui kursus sulaman riben, benang dan manik. Di samping itu, ini merupakan langkah awal PUSPANITA untuk menjalinkan kerjasama dengan persatuan-persatuan suri yang ada di luar kampus.

Objektif pengajuran kursus ini adalah untuk menjalinkan hubungan dengan persatuan suri yang lain, berkongsi ilmu dan kemahiran dalam bidang sulaman, memberi pendedahan kepada ahli PUSPANITA PIS untuk berkenalan dan berhubung dengan ahli persatuan suri yang lain, mewujudkan komunikasi aktif antara ahli dan embuka ruang kolaborasi aktif pada masa hadapan berdasarkan kemahiran dimiliki oleh ahli PUSPANITA PIS.






No comments:

Post a Comment