Saturday, 10 May 2014

CERAMAH KESEDARAN KANSER & MAKNA
16 APRIL 2014
DEWAN KULIAH UTAMA PIS


KELAS SENAMROBIK
SETIAP HARI KHAMIS
4.00 - 5.00 PETANG
KOMPLEKS SUKAN PIS


KEJOHANAN BOWLING PIALA PENGARAH POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
01 APRIL 2014
DAIMAN BOWL, JOHOR BAHRU






Friday, 28 February 2014

HARI KESIHATAN WANITA 2014

Hari Kesihatan Wanita dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pasir Gudang Johor.
1 Mac 2014
Bilik Seminar ULPL

Pelbagai aktiviti dijalankan:
- Seminar Kanser Serviks dan Kanser Payudara
- Pemeriksaan kesihatan asas
- Ujian Pap Smear

Setinggi penghargaan buat Dr. Nadiah dan jururawat dari Klinik Kesihatan Pasir Gudang, rakan ahli PUS PIS dan para pelajar yang telah menjayakan program ini.









Sunday, 16 February 2014

BEAUTY WITH CONFIDENCE
16 Februari 2014
Bilik Seminar ULPL
Mary Kay Beauty Consultant Johor Bahru

Menguasai kemahiran asas penjagaan muka dan asas solekan

Personal Consultancy

Peserta bersama Mary Kay Beauty Consultant

Monday, 17 June 2013

Lawatan Muhibah Ahli PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan Ke Bandung, Indonesia.






Pada 30.5.2013 PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan lawatan Muhibah ke Bandung, Indonesia.  Seramai 8 orang ahli PUSPANITA menyertai lawatan Muhibah tersebut selama 4 hari 3 malam.

Antara tempat  dilawati adalah Panti Asuhan Tambatan Hati, Bandung dan kami ke pusat membeli belah yang terkenal di Bandung iaitu Pasar Baru dan tempat yang peranginan yang terkenal di Bandung iaitu Tangkuban Parahu.

Semasa melawat Panti Asuhan kami disambut oleh ketua Panti Asuhan Tambatan Hati iaitu Ibu Suamah Irawati. 

Seramai 50 orang yang menghuni di Panti Asuhan ini buat masa kini,  dan kebanyakan sumbangan yang diterima adalah daripada bekas anak-anak yang pernah tinggal di Panti Asuhan ini dan mereka adalah kebanyakan sudah berjaya menjadi usahawan yang berjaya, ahli politik dan juga kakitangan kerajaan yang berjawatan tinggi.




Rumah Panti Asuhan Tambahan Hati yang didiami oleh 50 orang anak-anak yatim .






Pn. Zuraidah dan Pn. Shida menemubual ibu Suamah Irawati ketua Panti Asuhan di sini.







Pn. Zuraidah menyampaikan sumbangan kepada wakil anak-anak Panti Asuhan



 



Bergambar bersama anak-anak yatim disana sebelum berangkat pulang, kami menyimpan sebagai kenangan terindah buat kami  bersama anak-anak di sana.




Keesokan hari kami berangkat ke Pusat Peranginan Tangkuban Parahu, Bandung.


Kami berada di Tangkuban Parahu bersama ahli-ahli lawatan.

Kami berangkat pulang ke Malaysia pada pukul 4.30 pagi waktu Malaysia dan selamat sampai di tanahair pada pukul 10.30 pagi.  Banyak perkara yang kami pelajari sepanjang kami berada di sana dan kami bersyukur dengan apa yang kami miliki di sini....Alhamdulillah  

Monday, 20 May 2013

Taska Permata Iris Sofiah

Taska Permata Iris Sofiah akan mula beroperasi pada 3 Jun 2013.  Sehubungan dengan itu, tawaran adalah dibuka kepada semua warga PIS yang berminat untuk menghantar anak-anak ke taska. Sila hubungi talian : 019-7990347 / 019-4119001 untuk mendapatkan maklumat lanjut.